Thursday 20 April 2017

5 TIPS UNTUK DROPSHIP BUAT SALE MELETOPS



3 Tahun dulu masa time Kak Mas dapat peluang jadi dropship punyalah seronok sangat. Bila leader tu kata tak perlu modal untuk mula meniaga, cuma kena promot barang sahaja. Bersunguh-sungguhlah Kak Mas promot macam-macam produk masa tu. Semua hard sell ja, masa tu Kak Mas banyak guna Facebook. Masa tu tak de ilmu, semua main bedal belasah je.
Tengok apa orang lain buat kita pun ikut jaa. Betul ke tidak, ikut jugak. Tu laa namanya pengalaman. Sekarang Kak Mas dah ada team dropship sendiri. Dulu masa mula2 buka peluang, tiada sebarang bayaran dikenakan. Mungkin sebab percuma, ramai yang tak memanfaatkan peluang.
Sekarang siapa yang nak join team dropship #KelabSpaWanita masih lagi percuma. Namun perlu buat pembelian produk Srisari Herbs minimum rm50 untuk layak dapat 20% diskaun harga dropship. Bila kita buat syarat macam ni, kita dah boleh tahu sama ada dia serius ke tidak nak join team dropship kita bila dia buat pembelian pertama tu. Dari situ, kita dah boleh filter dah siapa yang serius nak tambah pendapatan dengan modal paling minimum. Atau hanya sekadar nak cuba-cuba.

Untuk entri kali ni Kak Mas suka sangat nak share 5 TIPS UNTUK DROPSHIP BUAT SALE MELETOPS. Jom kita tengok apa tips-tips yang istimewa sangat ni ye:

1. HARGAI PELUANG
Pertama sekali kita perlu faham yang dropship ni adalah juga peniaga. Walaupun kita bermula tanpa modal, tidak semestinya kita mengabaikan peluang yang datang. Sebab apa? Sebab bila kita dah dapat peluang ni ,itu tandanya Allah dah bagi jalan dan rezeki untuk kita. Sematkan niat yang baik dalam hati kita. Ingat berniaga ni sunnah Rasulullah dan ia adalah 9/10 dari sumber rezeki yang baik lagi halal. Niat kita nak berniaga kerana Allah.

2. CARI ILMU
Bermula sebagai dropship ni sebenarnya membuka peluang kita dalam memulakan langkah dalam mencari ilmu dalam perniagaan. Untuk team Kelab Spa Wanita, biasanya Kak Mas akan adakan kelas online secara percuma untuk memberi latihan dan pendedahan kepada dropship2 baru dan yamg lama. Selain tu, Kak Mas juga melatih Ejen2 yang ada team dropship masing2. Untuk dropship ada 3 ilmu yang sangat penting untuk bermula iaitu ilmu penulisan, cara berkomunikasi dan cara untuk close sale. Jadi untuk permulaan, boleh belajar 3 ilmu ni dahulu. InsyaAllah, Kak Mas akan kongsikan juga ilmu ni di entri akan datang.

3. KONSISTEN
Point no 3 ni sangat2 penting untuk dropship. Kita perlu konsisten dalam apa juga usaha yang kita lakukan. Jangan bertangguh dan jangan berhenti. Konsisten untuk belajar dan update ilmu2 baru. Konsisten untuk belajar tentang produk dan buat sedikit kajian. Konsisten untuk sharing info produk, tak kiralah di blog ke, fb ke atau ig ke. Yang penting konsisten ye.

4. KENALI PRODUK
Sebagai dropship, kita kena rajin untuk belajar mengenai produk yang kita promot tu. Kita kena betul2 kenal dengan produk yang kita jual. Sebaiknya kita guna dulu, supaya kita sendiri dah rasa dan ada pengalaman dalam menggunakan produk. Jika kita belum pernah mencuba, kita perlu study dulu. Cari info produk dan kenalpasti bagaimana sesuatu produk dapat membantu customer kita untuk menyelesaikan masalah mereka.



5. BERINISIATIF
Jika kita benar2 ingin berjaya dan mampu menjana pendapatan,kita perlu mempunyai inisiatif yang tinggi. Apa maksud berinisiatif ni?Orang yang mempunyai inisiatif yang tinggi adalah seorang yang rajin berusaha tanpa menunggu orang lain. Dia akan sentiasa mencari jalan dan mencari ilmu untuk memperbaiki segala kekurangan dan sentiasa mancari peluang untuk berjaya. Seseorang yang mempunyai inisiatif yang tinggi, tidak akan menungu orang lain untuk bergerak dan bertindak.

Inilah 5 Tips yang Kak Mas dah buat sehingga Kak Mas berjaya upgrade sebagai ejen dan sekarang sebagai Stokis Premium Srsari Herbs. Alhamdulillah, dalam team Kak Mas ramai dropship yang dah upgrade jadi ejen. Jika awak berminat untuk cari pendapatan sampingan, sambil belajar buat bisnes tanpa modal dengan produk Srisari Herbs boleh terus wasap Kak Mas di 019-3535 900 untuk dapatkan maklumat lanjut ye.

Kak Mas sentiasa mendoakan awak semua sentiasa dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki. Aminn.











😄

Wednesday 19 April 2017


MILKY COCONUT MENANGGALKAN DAKI DAN KULIT GELAP DENGAN MUDAH 

Keadaan cuaca kat negara kita yang panas ni boleh menyebabkan kulit menjadi gelap akibat sinaran matahari. Apetah lagi kalau kita ni jenis yang tak pakai krim pelindung sinar uv atau lebih dikenali dengan nama Krim SPF yang melindungi kulit dari pancaran matahari yang menyebabkan kulit akan menjadi lebih gelap. Keadaan cuaca yang panas pulak, menyebabkan kita mudah berpeluh dan sel2 kulit mati yang melekat di kulit menyebabkan terhasilnya daki dan kulit menjadi kusam dan tidak bermaya.

Orang perempuan ni memang sangat2 particular. Walaupun orang lain tak nampak, tetap rasa segan bila kulit menjadi gelap dan susah nak cerah. Terutamanya di celah peha, kawasan pelipat dan sendi2. Pernah tak kita cek macam mana keadaan kulit kita? Sekali sekala kena laa tengok. Biasanya kulit akan menghasilkan sel2 kulit baru. So sel2 kulit mati akan melekat lagi di sekitar kulit kalau kita tak cuci atau skrub badan kita tu. Sebaiknya skrub badan 2 kali seminggu supaya kulit lebih mudah "bernafas", lebih cerah dan lembut bila disentuh.

Hari ni Kak Mas nak cerita sikit tentang Milky Coconut Body Scrub. Milky Coconut ni produk Srisari yang paling hot sekali tau. Specialnya Milky Coconut ni boleh membantu menanggalkan sel2 kulit mati dan mencerahkan kulit secara natural. Paling bagus, lepas kita skrub tu kulit jadi soft je tau. Cara2 nak guna pun mudah sangat. Jom tengok gambar kat bawah ni.


Cara2 menggunakan Milky Coconut:

1. Ambil 1-2 sudu Milky Coconut mengikut keperluan. Boleh skrub pada mana2 bahagian badan termasuk muka.

2. Bancuh Milky Coconut dengan air bersih. Boleh juga bancuh dengan santan atau pun susu.

3. Bancuh sampai jadi paste. Jangan terlalu pekat atau terlalu cair.

4. Skrub di kawasan yang berkenaan atau seluruh badan secara membulat sehingga keluar daki2 dan sel2 kulit mati.

5. Bilas atau mandi dan lap kulit dengan tuala bersih.

Kan mudah jer nak cerahkan kulit. Yang penting Milky Coconut ni natural dan organik. 100% dari kelapa tanpa bahan kimia. Yang penting selamat dan kulit pun makin lembut dan gebu.

Harga Milky Coconut ni sangat murah dibandingkan dengan manfaat yang akan kita perolehi. Ada 3 saiz , boleh pilih ikut bajet kita. Pek kecil 120g rm28, untuk yang pertama kali nak cuba boleh dapatkan pek kecik ni dulu. Pek medium 250g rm50, yang ni sesuai untuk yang suka dan selalu skrub badan. Nak share dengan mak atau kakak pun boleh juga. Yang pek besar 500g, rm75 yang ni lagi jimat. Satu family boleh guna. Untuk usahawan Spa, home spa dan mobile spa elok ambil pek besar ni. Lebih jimat dan berbaloi.

Yang tinggal sekitar Bandar Saujana Putra, Elit highway dan Puchong boleh COD. Wasap je Kak Mas 019-3535 900. Untuk yang nak pos tambahan rm8. Beli rm150 ke atas Kak Mas belanja postage ye.

Sunday 14 February 2016

SAYA SEORANG JURURAWAT

Gambar dari Google

Assalamualaikum semua. Bertemu lagi kita di entri kali ini.

Dulu semasa di sekolah rendah, guru kelas saya akan bertanya tiga cita-cita kepada murid-murid untuk di isi dalam satu borang. Saya juga tidak terkecuali. Bila dikenang-kenang memang terasa lucu. Mana tidaknya, ada yang nak jadi peguam lah, ada juga yang nak jadi doktor. Bermacam-macam cita-cita yang di tulis oleh cikgu dalam borang tersebut. Maklumlah, masa cikgu bertanya tentang cita-cita, apa yang kita tahu hanyalah jenis pekerjaan tanpa mengetahui hakikat sebenar pekerjaan itu.

Namun saya merasa seronok, kerana salah satu cita-cita saya telah tercapai iaitu menjadi seorang jururawat. Apa yang menjadi pegangan saya pada masa itu ialah, jika saya tidak mampu menjadi seorang doktor, saya mesti menjadi seorang jururawat. Tapi ada juga masanya, bila tengok cikgu, rasa macam nak jadi cikgu. Bila tengok drama orang kerja di pejabat, rasa macam nak kerja di pejabat pula. Itulah zaman kanak-kanak, masih belum faham maksud cita-cita yang sebenar.

Setelah tiga tahun menghabiskan pengajian Diploma Kejururawatan di Kolej Kejururawatan Pantai, saya pun menjadi jururawat pada usia seawal 20 tahun. Maklumlah, saya mula belajar sebaik tamat SPM. Masa tu terasa beruntung sangat, sebab kawan-kawan lain yang belajar di universiti masih lagi belum habis belajar. Sedangkan saya dah boleh belanja duit gaji sendiri.

Masa tu, gaji saya hanya rm950 sahaja, tetapi terasa mewah sangat dan puas dengan hasil titik peluh sendiri. Dapat juga bagi mak sedikit duit belanja. Memang rasa seronok sangat. Itu baru gaji pokok, belum lagi termasuk elaun kerja malam dan elaun lain. Kalau kerja keras boleh dapat sampai rm1500. Bila shift kerja petang, saya akan bekerja di sebuah klinik, empat jam rm50. Memang waktu tu jiwa kuat, kerja pun kadang-kadang buat "double shif ". Kerja shif pagi dan petang sekali. Kadang-kadang tu siap buat "private nursing" lagi. Memang waktu tu saya kerja keras untuk cari duit lebih.

Bukan setakat itu sahaja, selepas setahun setengah bekerja saya sambung pengajian dalam peringkat ijazah. Masa itu, Kolej Kejururawatan Pantai ada buat kerjasama dengan Universiti Curtin untuk Ijazah Kejururawatan. Malangnya, saya tak sempat habiskan ijazah pada waktu itu. Kengkangan masa dan wang ringgit menjadi faktor saya semakin tertekan dan tidak mampu untuk meneruskan pengajian. Namun, saya tebus kekecewaan itu dengan menyambung penyajian dalam Pos Basik Onkologi di Hospital Besar Kuala Lumpur selama 6 bulan.

Selesai pengajian pos basik, saya telah di tempatkan di bahagian Penjagaan Pesakit Kanser. Waktu ni seronok sangat kerana di unit "Chemo Day Care" saya tidak perlu kerja shif lagi. Kerja waktu pejabat. Memang seronok sangat. Namun pengalaman menjaga pesakit-pesakit kanser telah banyak mengajar saya tentang kehidupan. Saya banyak belajar erti sabar dan cuba memahami jiwa pesakit kanser. Pada waktu inilah saya telah mengenali beberapa pesakit kanser yang telah mengajar saya untuk tidak berputus asa dalam kehidupan. Ada salah seorang pesakit yang menghabiskan pengajian peringkat Master semasa dalam rawatan kimoterapi. 

Kenangan bekerja sebagai jururawat selama 10 tahun tidak mungkin saya lupakan. Ia benar-benar mengajar saya tentang kesabaran dan tabah dalam kehidupan. Pengalaman ini telah banyak mengubah sikap dan pemikiran saya. Sungguh ia adalah kenangan yang paling manis dan indah untuk dikenang. Nanti saya akan share lagi di entri akan datang ye.

LATIH DIRI MENJADI LEBIH TENANG DAN POSITIF

Gambar dari Google
Assalamualaikum semua.

Hari ini saya suka sangat nak berkongsi bagaimana saya melatih diri saya supaya sentiasa tenang dan positif ketika menghadapi cabaran.

Saya adalah seorang yang sentiasa suka belajar, sentiasa cari ilmu dan sangat minat membaca. Namun semasa di usia remaja dan sekitar usia 20 an, saya seorang yang tidak sabar dan tidak boleh tahan dengan perkara-perkara yang remeh. Akibatnya saya sering marah-marah dan tidak boleh menerima kelemahan orang lain. Saya juga tidak pandai mengawal diri, terutamanya tingkah laku dan emosi saya. Sehinggakan orang pasti tahu jika saya marah atau tidak sukakan sesuatu.

Namun, bila usia semakin meningkat, saya mula menilai diri saya sendiri. Saya sering tertanya-tanya tentang sikap dan cara pemikiran saya. Saya mula muhasabah dan berfikir dengan mendalam bagaimana saya perlu memperbaiki diri saya. Saya tidak mahu menyalahkan orang lain atau persekitaran saya. Saya mula mencari bahan-bahan bacaan motivasi. Saya mencari pelbagai produk spa untuk saya guna di rumah. Saya juga mula mengasingkan sedikit wang dari gaji saya sebagai ganjaran untuk diri saya sendiri. Saya mula sedikit-demi sedikit membeli barang-barang untuk keselesaan saya, contohnya seperti bantal kekabu yang sangat selesa untuk saya tidur.

Saya juga mula menabung duit syiling emas 50 sen dan 20 sen. Saya juga menabung sedikit demi sedikit duit simpanan yang mana saya gunakan setiap bulan Desember untuk membeli barang keperluan saya semasa jualan murah. Saya juga belajar beli sarapan dan beri pada pada pekerja 'housekeeping' di pejabat saya.

Apa yang saya lakukan adalah proses "pembelajaran" untuk diri saya sendiri. Ia tidaklah semudah yang disangka. Adakalanya saya masih juga melakukan kesilapan. Namun saya telah menanam benih positif di dalam pemikiran saya dan sentiasa berusaha untuk berbuat kebaikan. Selain itu saya belajar bersyukur dengan apa yang saya ada dan menilai semula perbuatan dan tingkah laku saya. Saya tahu, saya tidak mampu untuk menjadi sempurna. Apa yang penting saya akan sentisa berusaha untuk lakukan yang terbaik.

Di sini saya ingin kongsikan beberapa tip untuk melatih diri menjadi lebih tenang dan positif. Perlu diingat latih diri ini perlu dilakukan dengan berterusan. Jangan berputus asa untuk jadi lebih baik.

Tip 1. Untuk sentiasa berfikiran positif dan megekalkan momentum positif pada setiap masa bukanlah suatu perkara yang mudah. Saya memerlukan medium atau sesuatu yang boleh membantu saya untuk kekal positif setiap masa. Saya berfikir-fikir apakah ada alat untuk mengekalkan momentum positif saya setiap hari? Maka saya mencari-cari sesuatu yang dapat membantu saya dan pastinya "alat" itu adalah Mandian Aromatherapi 7 Aura Bunga. Pada mulanya saya hanya suka dengan bauannya yang harum, lembut dan menenangkan. Setiap hari saya akan mandi dengan mandian 7 Aura Bunga. Saya juga akan niatkan perkara yang baik-baik semasa menjirus air mandian ke tubuh saya. Alhamdulillah saya rasa lebih tenang dan keadaan yang tenang ini telah membantu saya untuk berfikir dengan lebih rasional lagi.

Tip 2. Seperti mana yang saya kongsikan pada tip pertama, saya tidak mungkin jadi sempurna. Ada juga masa di mana saya sering membuat kesilapan. Adakalanya saya sendiri tidak mampu menahan kesabaran diri saya. Banyak kali juga saya gagal dalam meneruskan niat saya untuk kekal tenang dan positif setiap masa. Perlu di ingat, bahawa kehidupan di dunia ini juga satu ujian untuk kita. Apa yang penting, maafkan diri kita sendiri dan teruskan azam untuk berbuat baik. Yang penting jangan putus asa. Sebelum tidur, saya akan merenung kembali dan mula muhasabah tentang diri saya. Kadangkala, saya sendiri berasa sedih dengan kesilapan saya sendiri.Namun, saya akan niatkan dan tanamkan dalam diri saya untuk terus berusaha memperbaiki kelemahan saya selama ini. Maafkan diri sendiri dan orang lain juga, itu lebih penting.

Tip 3. Ini adalah tip yang paling penting. Jangan lupa berdoa kepada Allah setiap hari, setiap masa. Apabila kita selalu ingat dan sentiasa berdoa kepada Allah, kita akan sentiasa berusaha untuk berbuat kebaikan. Dengan mengingati Allah, hati kita juga semakin tenang. Perbanyakkan aktiviti yang boleh mendekatkan diri kita kepada Allah seperti membaca Al-Quran, bersedekah dan sentiasa bersyukur. Insya Allah, lama-kelamaan hati kita akan lebih tenang dan positif.

Gambar dari Google

Cukuplah 3 tip ini dahulu saya kongsikan. Semoga ia menjadi panduan dan pencetus semangat kita semua untuk sentiasa memperbaiki diri kita dan lakukan yang terbaik. Sesungguhnya, wang dan kekayaan yang banyak, belum tentu menjamin hati untuk sentiasa tenang dan positif. Jangan tertipu dengan ketenangan sementara, ia tidak akan berkekalan. Saya sentiasa mendoakan agar kita semua sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT. Amin.


Monday 18 January 2016

SRI SARI HERBS MENGUBAH HIDUPKU

Assalamualaikum semua.

Terima kasih kerana masih sudi mengikuti perkembangan dan cerita-cerita saya di blog ini.

Pada entri kali ini saya suka sangat nak berkongsi kisah bagaimana saya terlibat dalam bidang spa dan pengalaman saya bersama Sri Sari Herbs. Ia bermula semasa saya berpantang anak ketiga. Begini kisahnya.....



Semasa mengandungkan anak pertama dan kedua dahulu, saya tidaklah begitu serius mengambil berat tentang diri saya terutamanya dari segi berpantang dan menjaga kecantikan. Antara faktornya adalah kerana walaupun saya bekerja, saya memang tidak berkemampuan untuk beli sebarang produk kecantikan. Sehinggakan nak beli sabun mandi pun saya akan beli yang paling murah sekali. Berpantang pun saya hanya tahu apa yang saya tahu sahaja, tak pernah nak ambil tahu lebih-lebih tentang penjagaan berpantang yang betul. Beli produk berpantang pun ikut apa yang orang beli.

Walaupun kemudahan internet dah lama berkembang, saya tak pernah google atau mencari maklumat tambahan. Facebook pun setahun ni sahaja baru ada akaun, tu pun minta bantuan anak sulong saya untuk buat akaun Facebook. Kehidupan saya begitu sibuk dengan kerja sahaja. Walaupun saya ada berniaga secara kecil-kecilan, semuanya tidak bertahan dan saya pun tak tahu bagaimana nak mengembangkan perniagaan saya itu.

Tapi semasa mengandung anak ketiga, barulah saya ada telefon yang canggih sikit. Itupun suami belikan untuk hadiah hari lahir. Masa tu lahir satu kesedaran dalam diri saya. Saya mulai sedar yang selama ini saya memeras tenaga saya tanpa menghargai sedikit pun diri saya sendiri yang sentiasa bekerja keras. Saya tidak ambil sedikit pun dari gaji saya untuk diri saya. Saya juga mula berfikir yang saya tidak menghargai diri saya sendiri. Saya menjadi terlalu letih dan ia sering berakhir dengan tidur. Sejak dari itu, saya mula nekad untuk tidak mengabaikan diri saya. Saya mula belajar untuk menghargai diri saya sendiri. Maka saya mula mencari pelbagai maklumat tentang herba, penjagaan kecantikan semasa berpantang, produk semulajadi dan juga mencari-cari produk yang berunsurkan spa.

Banyak juga yang saya belajar. Kebanyakannya, saya baca dari blog dan juga dari majalah-majalah yang saya beli. Sehinggalah pada suatu hari saya menemui blog Spa Mawar Putih. Di sini lah saya mengenali produk Sri Sari Herbs yang paling best sekali iaitu 7 Aura Bunga. Saya gagahkan juga mengajak suami untuk membeli 7 Aura Bunga di Spa Mawar Putih walaupun waktu tu baru habis berpantang.


Inilah produk yang membuatkan saya jatuh cinta pada Sri Sari Herbs. Walaupun terdapat pelbagai mandian bunga dan aromaterapi, saya dapati 7 Aura Bunga benar-benar exotic. Baunya yang menenangkan, menjadikan saya kurang stress berbanding dulu. Maka saya semakin suka dan mula berjinak-jinak untuk mengenali Sri Sari Herbs dengan lebih dekat lagi. Saya mula mendaftarkan diri menghadiri kelas-kelas spa anjuran Sri Sari Herbs. Tanpa berfikir panjang saya terus mendaftar untuk menjadi agen. Niat saya hanyalah untuk kegunaan sendiri sahaja. Saya mencuba dan menggunakan hampir kesemua produk Sri Sari Herbs.

Apa yang peliknya, saya tidak menjual produk ini pada mulanya. Namun teguran-demi teguran bertanyakan tentang perubahan diri saya menyebabkan saya mula berkongsi cerita. Bermula dari seorang pelanggan yang merupakan seorang kenalan, perniagaan saya makin mendapat sambutan ramai rakan-rakan sekerja. Sehinggakan ada diantara mereka ingin menjadi agen dropship saya pula.

Begitulah kisah saya dan Sri Sari Herbs. Kenangan manis yang tidak mungkin saya lupakan.

Jika ada kawan-kawan yang nak tahu tentang produk Sri Sari Herbs atau peluang untuk mula perniagaan tanpa modal boleh hubungi saya di talian 019-3535900.

Jumpa lagi.


Sunday 17 January 2016

PERCUTIAN KELUARGA 2015

Tahun 2015 sudah melabuhkan tirainya. Kami sekeluarga sempat juga bercuti bersama sebelum 2015 berakhir. Macam-macam pahit manis bercuti kali ini. Bermula dari 18 Desember 2015 sehingga 28 Desember 2015, lebih kurang 11 hari aku bercuti dari kesibukan urusan pejabat. Memang terasa seronok sekali bila dapat cuti panjang dan luangkan masa bersama keluarga.

Percutian kami bermula di Pantai Teluk Cempedak. Kami sekeluarga bertolak lebih kurang pada pukul 11 malam. perjalanan percutian kali ini kami releks-releks sahaja. Bila suami terasa letih memandu, kami akan berhenti rehat atau tidur di perhentian rehat. Sampai sahaja di Teluk Cempedak, suasana memang segar sekali. Angin laut bertiup agak kuat. Di sini aku biarkan sahaja anak-anak main pasir pantai. Aku pun siap join sekali. Ambil gambar dan jalan-jalan sekitar pantai.



Selepas sarapan pagi di Restoran Bay Route, kami teruskan perjalanan ke Cherating. Sepanjang perjalanan, kami melihat jalan-jalan raya dipenuhi habuk dan debu-debu merah. Menurut kata suami, itu adalah kesan dari pencemaran bauksit. Lori-lori bauksit pula begitu laju memecut di jalan raya. Sayang sungguh, pemandangan yang cantik, sudah bertukar menjadi kemerah-merahan. Kami tiba di hotel Legend, Cherating. Sebenarnya ini bukan kali pertama kami ke sini. Kualiti hotel ini semakin lama-semakin menurun berbanding pertama kali sampai ke sini. Namun apa yang menarik, kali ini kami memaksimakan keseronokan berada di sini. Aku dan Hanani benar-benar 'enjoy' berbasikal di kawasan hotel, sewa basikal pun tidak terlalu mahal. Dalam 10 ringgit untuk 2 basikal selama sejam.

2 Hari di Cherating, kami terus ke Kertih dan bermalam semalam di rumah sepupu suami. Keesokan harinya kami terus ke Pantai Batu Burok dan bermalam semalam di Resort Intan. Resort ni sangat selesa. Kami pilih bilik dengan 3 katil. Bilik agak luas. Yang penting tandasnya sangat bersih. Resort ni terletak berhadapan dengan kawasan pantai. Aku memang enjoy dengan bunyi ombak dan tiupan angin yang agak kuat.


Keesokan harinya, kami teruskan lagi perjalanan ke Kota Baru, Kelantan. Suami tak pernah ke sini sebelum ni. Sampai sahaja Kota Baru, kami terus ke tempat penginapan Rayyan Guest House, betul-betul di tengah-tengah pekan KB. Tempat ni tempat baru, konsep servis apartment. Kami puas hati sangat dengan tempat ni sampaikan kami buat keputusan untuk tinggal 2 malam di KB.

Kali ni, suami betul-betul nak jalan-jalan pusing Kelantan. Kami ke Pantai Cahaya Bulan, cari serunding di Kampung Laut, jalan-jalan Pengkalan Kubor dan 'shopping' sakan di Rantau Panjang. Kalau bab makan, lagi lah apa sahaja yang orang lain 'suggest' di blog mereka, hampir kesemuanya kami cuba.

Habis boong di Rantau Panjang kami teruskan perjalanan balik ke Kampung di Taiping, Perak. Walau ke mana pu kami berjalan, rumah mak tempat yang paling best sekali. Cuti 10 hari kali ni, memang betul-betul berbaloi. Walaupun terpaksa melayan kerenah anak-anak yang kadang-kala menyebabkan kami kurang sabar, tapi kami betul-betul puas hati dengan percutian kali ni.

Apa pun bercuti bersama keluarga memang paling best.

7 LANGKAH MUDAH BERSPA DI RUMAH

Berspa di rumah memang lebih mudah. Tak perlu keluar dan susah-susah nak cari parking. Boleh ambil sebanyak mana masa yang kita perlukan untuk rehat dan rawat semula tubuh dan minda yang keletihan. Di sini, saya suka sangat nak berkongsi 7 langkah mudah untuk berspa di rumah. Apa yang penting kita perlu luangkan sedikit masa untuk belai diri sendiri. Untuk yang sibuk Bekerja, mungkin boleh ambil cuti setengah hari dan lakukan spa di rumah sahaja. Lebih jimat wang dan masa.

Langkah 1
Nyalakan lilin aromaterapi dan malapkan lampu untuk mendapatkan suasana sejuk dan tenang.

Langkah 2
Pasangkan alunan muzik spa yang menenangkan. Boleh pilih pelbagai muzik spa di you tube.

Langkah 3
Sediakan tuala yang tebal dan gebu, rasakanseolah-olah anda dibelai manja.

Langkah 4
Pilih aktiviti spa yang mudah seperti rendaman kaki atau mandian aromaterapi seperti Mandian 7 Aura Bunga. Tidak perlu lakukan aktiviti spa yang lama jika kita kesuntukan masa.

Langkah 5
Sapukan VCO Lavender pada seluruh tubuh atau mana-mana bahagian tubuh untuk rehat dan relax. Nikmati bauan lavender yang nyaman dan merehatkan badan.

Langkah 6
Baring dan tutup mata sambil menikmati suasana spa yang damai dan alunan muzik yang menenangkan fikiran.

Langkah 7
Minum teh panas atau apa-apa minuman kegemaran untuk menikmati rasa rehat yang maksimum.

Lihat, betapa mudah dan seronoknya berspa di rumah. Saya pasti tubuh badan kita akan kembali segar dan cergas untuk menghadapi cabaran dan tugasan seterusnya.

Selamat mencuba, jumpa lagi di entri akan datang.